Perselisihan faham merupakan asam garam kehidupan berumahtangga,
sedangkan lidah pun tergigit inikan pula hubungan suami dan isteri. Oleh
itu, setiap pasangan hendaklah saling mengalah dan bertolak ansur.
Tapi, kalau dapat pasangan yang ego, degil dan kepala batu pun susah
juga. Jom baca perkongsian wanita ini mengenai tips nak menjadikan suami
‘ikut cakap isteri’. Nampak simple, tapi penting!
Bagaimana menjadikan suami anda “mengikut cakap isteri”
Percaya tidak, di setiap perubahan suami adalah tanggunjawab isteri,
secara jujur. Sebagai isteri pengorbanan yang dilakukan juga mestilah
sama level macam mana suami buat.
Kakfel tengok ramai isteri sekarang suka sangat sangat keras kepala dan
ego, (kakfel dulu macam tu), mereka selalu lupa yang tempat isteri masih
di bawah suami. Bagaimana nak membentuk suami menjadi baik adalah
dengan menjadi isteri yang baik.
Kakfel selalu tanam dalam diri, aku nak dia perfect tapi adakah aku dah
cukup perfect, lumrahlah bila tergigit lidah. Lumrah juga ter merajuk
sakan.
Perkara utama, jangan buka aib suami, jangan layan rasa sakit hati. Itu
DOSA BESAR. Kadang kita nampak remeh, tapi sebenarnya dosa itu mebawa
masalah dalam rumahtangga.
Susah nak cakap, bila gaduh perasaan mesti stress tambah-tambah kalau
suami ada buat kita marah kan. Kalau cara kakfel, kakfel tegur secara
baik, tunggu dia balik kerja, buat kopi dan bincang. Kalau tak boleh
jugak kakfel cuba mesej. Dan kalau susah jugak kakfel guna kasih sayang,
means kakfel akan buat baik terlajak dengan dia, sampai dia kesian
untuk nak buat yang tak baik untuk kakfel.
Macam kakfel pun, selalu tanya dia, “B u perasan tak perubahan I
sepanjang kahwin? Supaya kakfel selalu tahu suami sedar dan lihat kita
berusaha kepada yang lebih baik. ”
Rasa keras kepala, penting diri, rasa diri betul semua tolak tepi. Malam
malam buang jauh jauh ego, mintak maaf untuk apa sahaja yang kita buat
sedar atau tak.
So pengakhiran adalah sebenarnya yang utama, iaitu DOA SEORANG ISTERI.
Jika kita lupa bagaimana nak menjadi yang solehah, kita balik ke jalan
Allah. Sampai mati sekalipun suami tetap di atas dan kita hanya di
bawah. Bukan menjadi hamba. Tapi menjadi bidadari suami hingga ke
syurga.#tipsfelinnanadea
Terima kasih suami yg banyak bimbing kakfel, kami kuat kerana kami ada
satu sama lain. Semoga Allah pelihara hubungan ini dan panjangkan umur
kami suami isteri.
sumber: Felinna Nadea Ed Fattah
0 Response to "Astagfirullah!! Isteri Sekarang Dah Tak Takut Dosa, Suka Buka Aib Suami.."
Post a Comment