SHAH ALAM – Anak perempuan Allahyarham Datuk Dr Haron Din memberitahu
doktor merawat bapanya yang dikenali sejak 16 tahun lalu, Prof Alan C
Yeung dari Pusat Perubatan Universiti Stanford banyak kali menitiskan
air mata sejak pemergian Mursyidul Am Pas itu.

Dr. Huda Haron berkata, Dr Alan menyifatkan Allahyarham bapanya itu sebagai pesakit beliau yang paling baik dan gigih dalam apa juga keadaan.
“Oh ya nak beritahu Baba…Dr Alan Yeung
setiap hari tanya khabar kami. Semalam dia hantar pesanan, minta izin
nak ziarah Baba. Dia minta nombor telefon dan alamat e-mel kami, tidak
mahu putus hubungan katanya dan berharap pertalian kekal bertanya
khabar.
“Dia kata, Baba pesakitnya yang paling
baik dan paling gigih dalam apa jua keadaan. 16 tahun dia kenal Baba dan
rapat kita dah macam keluarga. Banyak kali matanya bergenang dan
menitiskan manik-manik jernih. Dia menangis Baa…banyak kali,” ceritanya
melalui satu perkongsian di Facebook.
Menurutnya lagi, Dr Alan sering bersama keluarganya sepanjang detik cemas dan getir mereka di sana.
“Dia tidak pinggirkan kami. Malah pakar-pakar lain yang merawat Baba memuliakan Baba.
“Rakaman penghargaan untuk semua yang
merawat dan terlibat dalam ikhtiar rawatan Baba terutama Prof Alan C
Yeung dan Dr Joe Hsu dari Pusat Perubatan Universiti Stanford.
“Tidak dilupakan seluruh jemaah Pakar
Kardiologi di IJN (Institut Jantung Negara) serta jururawat-jururawat
terutama Datuk Amin, Tan Sri Rob, Dr Yap dan Dr Rima,” katanya.
Allahyarham meninggal dunia kira-kira
jam 10.05 pagi Jumaat lalu pada usia 76 tahun di California akibat
komplikasi jantung yang kritikal dan jenazah dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Santa Clara.
Dalam perkongsian lain di Facebook, Dr Huda seolah-olah berbicara dengan Allahyarham tentang ibunya, Datin Khatijah Salleh.
“Baba jangan risau, kami lima beradik
bersama anak menantu berjanji sepenuh hati akan menjaga kebajikan mama
seperti yang Baba pernah perlihatkan kepada kami. Mama sangat kuat dan
tabah Baa…Lebih kuat daripada yang kami sangka, lebih kuat daripada kami
berlima.
“Mama yang mendakap dalam pelukan
hangatnya menyabarkan kami. Mama yang mengingatkan kami berkali-kali
tika terasa ingin meraung dan melalak seperti tiada iman. Tenang raut
wajah mama memberi kami kekuatan menggagahi saat paling kemuncak,”
katanya” Kredit:-SinarHarian
0 Response to "Prof Alan Doktor Yang Merawat Dr Haron Din Selama 16 Tahun MENDEDAHKAN Sikap SEBENAR Dr Haron Din Yang Buat Ramai SEDIH !!! "
Post a Comment