*BAYI MATI MENGEJUT* Anda dan pasangan anda kena baca hingga habis!

Akan atau sedang mengandung? 
Baru bersalin dan dalam pantang?
Ada bayi berusia bawah 1 tahun?
Anda dan pasangan anda kena baca hingga habis!

*DEFINISI*

Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ialah kematian bayi berusia kurang daripada 1 tahun tanpa diketahui punca, walaupun selepas semakan sejarah klinikal, pemeriksaan tempat kematian dan bedah siasat.
Ia berlaku ketika bayi tidur, biasanya antara jam 0000 dan 0600.
90% SIDS berlaku pada usia kurang daripada 6 bulan.
.
*PUNCA*
Puncanya tidak diketahui, namun melalui pelbagai kajian serta semakan rekod bayi yang mengalami SIDS didapati ia cenderung untuk berlaku kepada bayi yang :
1. Tidur posisi meniarap (prone)
• Kajian menunjukkan posisi ini mengurangkan 'arousal' (keterjagaan) dan mempunyai kejadian 'obstructive' (pernafasan tersumbat) lebih panjang. Seterusnya ia mengurangkan reaksi terhadap kejadian 'obstructive' tersebut akibat daripada kurang 'arousal' (atau tidur terlalu lena)
• Kajian lain menunjukkan 'threshold' untuk 'arousal' adalah lebih tinggi pada bayi yang berusia kurang daripada 5-6 bulan. (Bayi berusia kurang daripada 5-6 bulan tidur lebih lena dan lebih sukar terjaga).
• Oksigen di otak adalah lebih rendah bagi bayi yang tidur dalam posisi 'prone' (meniarap) berbanding 'supine' (menelentang), terutamanya bagi bayi pramatang.
2. Tidur atas permukaan lembut atau dengan bantal, selimut, atau mainan lembut (soft toys) atas katil termasuklah penggunaan 'sleep positioner'
3. Tidur di atas katil atau sofa bersama orang dewasa atau bersama kanak-kanak lain.
4. Memakai pakaian terlalu banyak lapis ketika tidur
5. Dilahirkan oleh ibu yang merupakan perokok
6. Dilahirkan oleh ibu berusia bawah 20 tahun atau yang tidak mendapat penjagaan perubatan ketika mengandung
7. Bersalin terlalu awal atau berat kurang daripada normal
.
*PENCEGAHAN*
Adakah ia boleh dielakkan? Tidak diketahui. Namun antara perkara yang didapati mampu mengurangkan risiko berlakunya SIDS ialah :
1. Tidur posisi menelentang (supine position)
2. Berkongsi bilik, namun bayi perlu tidur di atas katil khusus tanpa kongsi dengan sesiapa
3. Tidur di atas permukaan yang 'firm' (bukan sofa, tilam air, kusyen)
4. Jangan tidurkan di dalam 'car seat' kecuali ketika di dalam kereta. Jangan juga menggunakan stroller / buaian sebagai rutin.
5. Alihkan bantal dan soft toys daripada katil bayi
6. Jangan tutup kepala bayi ketika tidur
7. Jangan pakaikan pakaian terlalu banyak lapis ketika tidur
8. Berhenti merokok termasuklah ahli keluarga dalam rumah yang sama
9. Menyusu badan
.
*BAYI PANDAI BERGOLEK*
Apabila bayi sudah pandai bergolek daripada menelentang (supine) kepada meniarap (prone), ibubapa perlu meletakkannya pada posisi menelentang semula, sehinggalah bayi itu pandai untuk bertukar posisi sendiri daripada meniarap kepada menelentang dan sebaliknya.
.
*VAKSIN PENYEBAB SIDS?*
Tiada bukti kukuh bahawa vaksinasi meningkatkan risiko SIDS. Walaupun ada laporan kematian bayi selepas beberapa hari atau minggu menerima vaksinasi, ia adalah kerana majoriti kejadian SIDS adalah dalam lingkungan usia menerima rutin vaksinasi.
Kajian menunjukkan tiada perkaitan antara vaksinasi dan SIDS. Malah ada kajian menunjukkan bahawa vaksinasi mungkin mengurangkan risiko berlakunya SIDS. [1-7]
Tambahan, kes SIDS berkurang lebih 50% pada pertengahan 1980an, manakala pada masa yang sama pemberian vaksin terus meningkat.
.
*TAKZIAH*
Takziah kepada ibubapa yang pernah mendapat anak yang mengalami SIDS. Sesungguhnya anak itu anak syurga dan menanti kalian di sana.
Mari sedekahkah al-Fatihah kepada mereka.
.
*RUJUKAN*
[1] Hoffman HJ, Hunter JC, Damus K, et al. Diphtheria-tetanus-pertussis immunization and sudden infant death: results of the National Institute of Child Health and Human Development Cooperative Epidemiological Study of Sudden Infant Death Syndrome risk factors. Pediatrics 1987; 79:598.
[2] Griffin MR, Ray WA, Livengood JR, Schaffner W. Risk of sudden infant death syndrome after immunization with the diphtheria-tetanus-pertussis vaccine. N Engl J Med 1988; 319:618.
[3] Jonville-Béra AP, Autret-Leca E, Barbeillon F, et al. Sudden unexpected death in infants under 3 months of age and vaccination status- -a case-control study. Br J Clin Pharmacol 2001; 51:271.
[4] Fleming PJ, Blair PS, Platt MW, et al. The UK accelerated immunisation programme and sudden unexpected death in infancy: case-control study. BMJ 2001; 322:822.
[5] Mitchell EA, Stewart AW, Clements M. Immunisation and the sudden infant death syndrome. New Zealand Cot Death Study Group. Arch Dis Child 1995; 73:498.
[6] MacIntyre CR, Leask J. Immunization myths and realities: responding to arguments against immunization. J Paediatr Child Health 2003; 39:487.
[7] Vennemann MM, Höffgen M, Bajanowski T, et al. Do immunisations reduce the risk for SIDS? A meta-analysis. Vaccine 2007; 25:4875.
Read | Like | Comment | Tag | Share

1 Response to "*BAYI MATI MENGEJUT* Anda dan pasangan anda kena baca hingga habis!"

  1. Artikelnya bagus, thanks for sharing. Izin sharing gan :)

    ROMEOPOKER | AGEN POKER ONLINE | AGEN DOMINO99 ONLINE | AGEN BANDARQ
    AGEN POKER ONLINE
    AGEN DOMINO99 ONLINE
    AGEN BANDARQ

    Website Kami : Romeopoker.com
    Daftar Disini : DAFTAR
    BBM : D1BC1787
    LINE : 188ROMEOPOKER
    YM : CSROMEOPOKER@YAHOO.COM

    ReplyDelete

Insurance Infomation