Hajat Beli Rantai Emas Tak Diendahkan Suami, Akhirnya Isteri CURI Duit Suami. Inilah Reaksi Suami Bila Dapat Tahu Perbuatan Isteri !!!

Assalamualaikum…Saya dah berkahwin 12 tahun kahwin muda masa umur 16 tahun sekarang umur dah 28. Alhamdulillah suami baik. Cuma nak kongsi cerita dengan semua yang 3 tahun lepas saya ada nyatakan yang saya nak suami hadiahkan saya rantai emas yang harga 7k. Suami buat tak tahu je, geram pun ade.

emas

lepastu saya rancang nak beli sendiri tapi masalahnya saya takde kerja. bila suami bagi duit belanja lepas saya bayar bil, beli barang keperluan rumah, semua dah ada duit lebih ada 1 atau 2 ratus saya curi-curi simpan. saya juga pelihara ayam dan tanam sayur jadi dengan ayam dan sayur itu saya sudah boleh berjimat.

3 tahun saya kumpul duit akhirnya dapat juga beli rantai emas tanpa pengetahuan suami, lepas dah beli saya tunjuk kat suami yg saya dah beli emas yang harga 6k. suami terkejut dari mana saya dapat duit, saya cakap duit tu saya curi, sempatlah suami marah sebab saya mencuri, dia tanya saya curi duit siapa? Saya cakap saya curi duit suami saya sendiri, lepastu saya cerita dari A sampai Z.. fuhh nasib baik suami tak marah..

Dan yang paling buat saya gembira rupanya suami saya dah belikan saya rantai emas yang harga 7k tu, kesian sangat rupanya dia kerja overtime rupanya semata-mata nak belikan emas tu. Ya Allah terharunya saya. dia beli awal tapi nak hadiahkan untuk saya bulan 11 nanti sempena harijadi saya. tapi katanya malas dah nak simpan-simpan sebab saya pun dah beli rantai juga, masa tu dia tunjuk ya Allah baiknya suamiku.. oleh kerana sekarang ada dua rantai emas, yang saya beli tu saya bagi dengan anak perempuan saya. Kredit:-KRT


Nafkah adalah satu tanggungjawab suami kepada isterinya dan hukumnya adalah wajib. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah at Thalaq ayat 7.

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya maka hendaklah ia memberikan nafkah dari apa yang diberikan oleh Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberikan seseorang melainkan (kadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa Allah telah menetapkan bahawa nafkah adalah tanggungjawab suami dalam kadar yang mampu. Jadi maksudnya ayat di atas dasarnya adalah kemampuan suami. Kadar yang mampu diberikan oleh suami kepada isterinya. Bukan kadar yang dimahukan oleh isteri.


Maksud nafkah adalah keperluan hidup merangkumi makanan, pakaian dan keperluan-keperluan lain dan ia adalah sesuai dengan keadaan semasa dan tidak bercanggah dengan syarak.

Kadar yang ditetapkan oleh ulama adalah berbeza-beza tetapi Islam telah menyatakan dalam al-Quran . Allah telah berfirman dalam surah al-Nisa’ ayat 19.

“Dan bergaullah kami dengan mereka (isteri-isteri kami dengan cara yang baik).

Maksud dengan cara yang baik adalah jika kemampuan suami boleh memberikan lebih daripada kadar asas yang biasa, maka nafkahnya bolehlah dilebihkan mengikut kadar kemampuannya. Bila kemampuan suami semakin baik maka isteri boleh meminta lebih tetapi jika kadar kemampuan suami sudah semakin menurun maka keperluan isteri hendaklah diselaraskan dengan kemampuan suami tadi supaya keadaannya menjadi stabil dan harmoni.

Pada kadar yang perlu
Kadang-kadang ada isteri dan suami tak dapat selaraskan tuntutan dan kemampuan antara keduanya. Ini akan menimbulkan konflik antara suami dan isteri.

Merujuk kepada persoalan, bolehkah isteri mengambil duit suami kerana keperluan tertentu dan suami hanya membeli barang keperluan dan kadang-kala bila suami tak ada, isteri tak ada duit untuk membeli keperluan makanan, maka ini jawapannya.

Isteri boleh mengambil dari wang suaminya pada  kadar yang perlu. Dalam satu hadis menceritakan tentang Hindun (Isteri Abu Sufyan) mengadu kepada Nabi tentang suaminya (Abu Sufyan) yang kedekut (tidak memberikan belanja yang cukupi untuk isteri dan anak-anak).

Nabi berkata kepada Hindun, “Kamu ambillah dari hartanya kadar yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu mengikut kebiasaannya” (hadis riwayat al Jamaah) namun isteri tidak boleh menyedekahkan duit itu kepada masjid atau memberinya kepada golongan memerlukan kerana duit itu hanya boleh digunakan untuk keperluan dirinya dan anak-anak sahaja.

Hadis menunjukkan, steri boleh mengambil daripada harta suaminya pada kadar yang perlu. Perlu menjadi kebiasaan suami untuk menyediakan bukan sahaja keperluan dari segi barangan tetapi dari segi kewangan yang mampu untuk keperluan isteri dan anak-anak khasnya bila suami tiada di rumah bertugas di luar atau sebagainya, inilah yang dipanggil duit kecemasan. Kadang kita tak jangka perkara-perkara seperti anak sakit, barang dapur habis dan sebagainya apabila suami tiada di rumah. Suami harus berfikir jauh untuk keselesaan isteri dan anak-anak.

Persoalan lain pula adakah suami boleh menghalang isteri daripada menziarahi ibu bapanya. Secara adab dan akhlaknya suami hendaklah membenarkan isteri menziarahi ibu bapanya kerana itu adalah tanda suami menghormati ibu bapa mentuanya, dan supaya hubungan ibu bapa dan menantu berada dalam keadaan harmoni dan baik.

Jika mentua terpaksa bergantung hidup dengan anak perempuannya yang telah berkahwin, suami hendaklah memberi izin kepada isteri untuk menziarahi dan berkhidmat kepada ibu bapanya tanpa menjejaskan hak suami. Jika ia tidak memberi izin tanpa sebab yang munasabah ia berdosa dan jika isteri melanggarnya sebahagian ulama berpandangan isteri tidak dikira nusyuz ketika itu.

Harus isteri membeli belanja dari duitnya sendiri kepada ibu bapanya sekalipun tidak ada izin suami namun eloklah ia meminta izin suaminya sebagai tanda hormat kepada suami.

Sebenarnya dalam kehidupan suami isteri, apa yang penting adalah persefahaman dan saling hormat menghormati dan faham akan situasi isteri dan suami supaya kehidupan berumah tangga aman dan harmoni.

1 Response to "Hajat Beli Rantai Emas Tak Diendahkan Suami, Akhirnya Isteri CURI Duit Suami. Inilah Reaksi Suami Bila Dapat Tahu Perbuatan Isteri !!!"

Insurance Infomation