'Dah Kahwin, Buat Cara Kahwin'


Ada suami yang suka keluar malam melepak dengan kawan-kawan, minum kopi sampai ke pagi. Bila isteri marah, lalu dikata:
  • Isteri Queen Control
  • Jealous tak bertempat
  • Isteri orang lain okay saja
  • Tak faham
  • "Nanti apa kata kawan-kawan saya?"

Wahai para suami, keselamatan anak isteri di rumah, kasih sayang yang lopong dalam rumah, masa seharian untuk bekerja ditambah pula malam-malam keluar melepak, langsung tak ada masa untuk anak dan isteri. Ada fikir? 

Agaknya kalau terjadi apa-apa pada anak isteri semasa anda keluar melepak sampai ke pagi, apa yang kawan anda boleh buat? 
  • Ada kawan nak masak untuk anda?
  • Ada kawan nak bantu mencari duit untuk keluarga anda?
  • Siapa peneman tidur anda? Kawan atau isteri?
  • Siapa yang dipersoalkan kalau anda gagal mendidik anak? Kawan atau anda sendiri?
  • Anak siapa yang jadi tanggungjawab anda? Anak anda atau anak kawan-kawan?
Tolong berhenti guna term. "Nanti apa kata kawan-kawan saya". Typical reason sangat. 

Nak melepak boleh, silakan tetapi berpada-pada. Nak berkawan boleh, silakan. Tetapi berpada-pada. Nak bersukan apa sahaja pun boleh, tetapi berpada-pada. Jam 12 tengah malam itu adalah waktu yang sepatutnya anda berada di rumah sebagai suami, pelindung anak dan isteri. Bukannya di meja mamak atau di jalanan. 

Kalau kerana bekerja, tak mengapalah juga. Tetapi kalau bukan kerana kerja, apa cerita? Seminggu dua kali okay saja, tetapi kalau setiap hari, isteri gila saja tak marah. Ingat, anda suami dan bapa orang, bukannya berstatus bujang. 

Memang, suami orang kalau duduk melepak sehingga jam 6 pagi, orang tak kata apa-apa. Isteri orang kalau jam 12 malam masih ada di meja mamak lagi memang sikit lagi bakal menjadi janda kotnya. 

Tetapi gunalah akal dan pertimbangan. Bila berkahwin, buat cara seperti berkahwin. Zaman melepak sampai subuh, keluar sana sini itu semua sudah berlalu. Nak tak nak, kena hadap dan terima. Kalau tak boleh terima, kenapa berkahwin at the first place?

Di rumah anda itu ada anak orang dan amanat kecil yang perlu dijaga. Kalau anda sebagai bapa tiada di rumah hari-hari dari pagi sampai ke malam, siapa yang mahu menjadi pelindung mereka? Tak tahulah kalau anda ada membela saka untuk menjaga anak isteri semasa anda tiada di rumah. 

Jangan menjadi suami yang terpaksa mengikut kawan. Jadilah suami yang kawan terpaksa mengikut anda. Nasihat ini berbentuk umum. Tidak ditujukan kepada sesiapa. Yang baik, ambil. Yang buruk, buang.

Sumber :thereporter

0 Response to "'Dah Kahwin, Buat Cara Kahwin'"

Post a Comment

Insurance Infomation